BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 16, 2010

'EXTENSION' FAIL

"Extension" fail / dokumen adalah akhiran pada nama fail komputer (@ sambungan nama fail/dokumen) yang diterapkan untuk menunjukkan penge"kod"an konvensyen (format fail) daripada isinya.


Dalam beberapa sistem operasi (misalnya Uniplexed Information and Computing System (Unix)), "extension" tidak wajib untuk fail dan dokumen, manakala sistem operasi (seperti Disk Operating System (DOS)) "extension" adalah suatu keperluan.

Sistem operasi (seperti DOS & OS/2) biasanya menghadkan panjang "extension" ( sambungan nama fail) tersebut kepada 3 aksara sahaja:

cth: (fail / dokumen).jpg

(fail / dokumen).img

(fail / dokumen).wma

(fail / dokumen).mov

(fail / dokumen).exe

Sistem operasi seperti Unix pula tidak menghadkan panjang aksara "extension"nya manakala sistem operasi RISC (Reduced Instruction Set Computing) tidak menggunakan sambungan nama fail.

Unix menerima pemisah titik sebagai karakter undang tetapi tidak memberikan pengiktirafan khas di peringkat sistem operasi.


Untuk mengenali jenis fail/ dokumen, berikut adalah beberapa contoh "extension" yang sering digunakan:

.jpg .png .bmp .gif = imej (fail gambar)

.exe = fail yang boleh di“run”

.mp3 .wma .wav = fail audio

.avi = fail video

UNSUR-UNSUR LAMAN WEB


Setiap laman web yang kita layari mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namun, perbezaan yang kita nampak sebenarnya mempunyai persamaan unsur dalam konteks tujuan pembangunan sesebuah laman web.

Beberapa unsur laman web yang dikenalpasti termasuk Audience Information, Purpose Statement, Objective Statement, Domain Information, Web Spesification dan Web Presentation.
Setiap unsur adalah saling berkaitan di antara satu sama lain dalam memenuhi kehendak dan kepuasan pengunjung web.

Audience information bertindak sebagai gedung maklumat yang diperlukan khalayak sasar yang menggunakan web selain khalayak sebenar yang memerlukan maklumat berkenaan.

Purpose statement pula merupakan artikel mengenai tujuan dan skop pewujudan sesebuah laman web itu sebelum disusuli dengan Objective Statement/List yang memperincikan matlamat spesifik yang ingin dicapai menerusi web itu.

Domain Information adalah koleksi pengetahuan dan maklumat berkaitan subjek yang diketengahkan dalam sesebuah web, merangkumi maklumat untuk khalayak dan maklumat yang diperlukan pembangun web.

Web Spesification pula memperincikan kekangan dan unsur yang akan masuk ke dalam web manakala Web Presentation merujuk kepada penyampaian maklumat menerusi web tersebut.

Friday, March 12, 2010

CARIAN BERKESAN MENGGUNAKAN ENJIN CARIAN

Mungkin ramai di antara anda yang sering membuat carian maklumat menggunakan enjin carian tetapi berapa ramai yang mengetahui kaedah carian yang berkesan? Beberapa kaedah yang dikemukakan di sini akan membantu anda.

PENCARIAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS

Bukan tidak mendaulatkan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu tetapi harus diakui kebanyakan bahan-bahan artikel yang dimasukkan ke dalam laman web ditulis dalam Bahasa Inggeris.

PENCARIAN SPESIFIK

Kita biasa menaip sepatah kata atau sepotong ayat dalam enjin carian dan hasilnya, ribuan artikel dipaparkan. Malangnya, bukan semua artikel tersebut memenuhi kehendak kita. Oleh itu, anda boleh menaipkan tanda pembuka dan penutup kata (") pada awal dan akhir kata kunci carian. Carian akan dilakukan enjin carian secara spesifik kepada kata atau ayat kunci yang ditaip sahaja.

PENCARIAN MENERUSI SCHOLAR.GOOGLE

Bukan semua enjin carian menyediakan pengklasifikasian carian terhadap bahan-bahan ilmiah. Anda boleh menggunakan scholar.google.com untuk pencarian bahan-bahan ilmiah yang diiktiraf.

KAJIAN SYER PASARAN 5-WEB ENJIN CARIAN YAHOO! DAN GOOGLE



Kedua-dua rajah di atas diambil dari kajian Jeremy Crane, terhadap Tren Syer Pasaran Carian Web untuk 5-enjin carian terbaik. Berdasarkan kajian yang ditumpukan pada Oktober 2006 itu, Google mencatat hampir 69% iaitu satu rekod baharu dari segi pencapaian volume and syer. Pertumbuhan itu bagaimanapun menyebabkan Yahoo! mengalami sedikit penurunan bermula Disember 2006. Begitu juga MSN/Live dengan volume yang sedikit menurun dengan volume yang kekal tidak berubah. Berbeza dengan Ask yang meningkat mendadak dengan pertumbuhan jumlah permintaan yang kukuh. AOL pula naik perlahan berikutan permintaan yang meningkat.

PERBEZAAN PERKHIDMATAN YAHOO! DAN GOOGLE

Yahoo! dan Google merupakan antara penyedia perkhidmatan enjin carian internet terbaik yang sering digunakan masyarakat siber untuk memperoleh maklumat dengan pantas dan percuma. Hanya dengan menaip kata pembayang kepada perkara yang ingin dicari dan klik pada butang CARI, Yahoo! & Google akan memaparkan bukan satu atau dua hasil carian, malah ratusan atau ribuan hasil carian yang mungkin menepati kehendak anda.

Pun begitu, Yahoo! dan Google bukan hanya menyediakan perkhidmatan enjin carian. Kedua-dua syarikat gergasi ini juga menyediakan pelbagai perkhidmatan percuma lain seperti emel, berita dan hiburan di samping beberapa perkhidmatan berbayar seperti pengiklanan. Walaupun menyediakan perkhidmatan yang hampir sama, Yahoo! dan Google mempunyai penggunanya sendiri. Ini membuktikan, terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Kedua-dua syarikat perkhidmatan ini sebenarnya saling bersaing di antara satu sama lain. Buktinya, sejak Google mewujudkan Gmail pada 1 April 2004, Yahoo! Mail telah melakukan beberapa penambahbaikan bagi mengekalkan daya saing, termasuk MSN Hotmail dan AOL Mail. Sehingga kini, Yahoo! Mail merupakan satu-satunya perkhidmatan emel yang menawarkan penyimpanan emel tanpa had kepada semua pengguna.

Bagi Google pula, perkhidmatan emel yang ditawarkan juga tidak kurang hebatnya. Antaramuka (interface) Gmail berbeza daripada sistem emel web lain di mana Gmail tertumpu kepada carian dan 'paparan perbualan' emel dengan mengumpulkan beberapa emel balas dalam satu halaman. Reka bentuk antara muka yang dicipta Pereka berpengalaman Gmail, Kevin Fox bagi memudahkan pengguna membuka emel-emel berkaitan tanpa perlu beralih ke halaman lain.


Friday, March 5, 2010

KAEDAH PENYULITAN (ENCRYPTION)

Apabila pengguna diberi kebenaran untuk menggunakan sistem atau rangkaian, adalah perlu untuk menghadkan kebenaran tersebut ke tahap set yang paling minima bersamaan dengan keperluan melaksanakan tugas yang efektif. Pada kebiasaannya had akses minimum bermakna tidak boleh akses. Seterusnya akses untuk membaca atau melihat sahaja, mewujud, kemaskini, mengubah atau memadam boleh diberikan tetapi hendaklah berpandukan peruntukan dasar dan dengan kelulusan tertentu. Pelaksanaan akses kawalan adalah berbeza bergantung kepada sistem ICT tetapi pada amnya melibatkan kebenaran membaca, menulis dan memadam. Antaranya :

1. Pengecaman pengguna (User ID)
2. Kawalan Kata Laluan (Password)
3. Kawalan perisian

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Panduan Keselamatan ICT di www.icu.gov.my

PANDUAN KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk menjaga keselamatan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Keselamatan ICT merangkumi perlindungan terhadap semua bentuk maklumat elektronik bagi menjamin kerahsiaan, integriti, kesahihan dan kebolehsediaan kepada semua pengguna yang dibenarkan.

Maklumat merupakan hasil terakhir sesuatu sistem pengkomputeran. Oleh itu, ia amat penting dan bernilai bagi sesebuah organisasi. Kehilangan atau kemusnahan data atau maklumat yang disimpan di dalam komputer sering berlaku disebabkan kejadian seperti kebakaran, pengkhianatan, kecuaian dan kecurian. Bagi mengatasi masalah itu, kawalan ke atas capaian data atau maklumat dan keselamatan fizikal perlu diperketatkan. Di samping itu, data atau maklumat yang penting perlu dibuat salinan yang secukupnya dan disimpan di bangunan berasingan. Data atau maklumat yang dicuri melalui talian komunikasi data dapat dicegah dengan teknik yang lebih rumit misalnya dengan menggunakan kaedah penyulitan (encryption).