BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 23, 2010

textSTAT

Hari ini, satu lagi perisian diperkenalkan kepada kami. Perisian textSTAT yang hampir serupa dengan Statistical Package for the Social Science(SPSS). Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma menerusi internet.

Friday, April 9, 2010

CLOUD COMPUTING (THIN CLIENT)

Cloud Computing merupakan satu konsep yang membolehkan kita menggunakan sesebuah perisian aplikasi tanpa perlu memuatkannya ke dalam peranti storan komputer.

Ini akan menjimatkan ruang yang terhad pada peranti storan komputer selain membolehkan sesebuah dokumen itu dikongsi bersama pengguna yang ditentukan oleh pemilik dokumen.

Salah satu contoh penggunaannya, kita boleh menggunakan Google Document. Caranya cukup mudah, anda hanya perlu mempunyai akses internet dan menjadi pelanggan berdaftar Google.

Anda boleh cuba menggunakan konsep itu dengan melawat laman sesawang Google Document.



Revolusi Cloud Computing bermula pada hujung tahun 2008, di mana komputer mula diubahsuai supaya lebih kecil dan ringan, bukan sahaja dari segi fizikal malah merangkumi aspek perisian aplikasi.

UJIAN PRAKTIKAL

Minggu lepas, Kuliah IT dibatalkan... Tapi minggu ni, dengarnya ada Ujian Praktikal merangkumi semua yang sudah dipelajari daripada Tn. Hj. Suhaimi. Ulangkaji sudah pun dibuat, hari ni tinggal jawab jer la... :) SELAMAT MENJAWAB TEMAN-TEMAN SEPERJUANGANKU...

Friday, April 2, 2010

ENJIN CARIAN GOOGLE LEBIH TEPAT?


February 2010 U.S. Expanded Search Rankings
 
In the February analysis of the top properties where search activity is observed, Google Sites led the search market with 13.5 billion search queries, followed by Yahoo! Sites with 2.5 billion queries and Microsoft Sites with 1.7 billion. Facebook.com experienced significant growth during the month with a 10-percent increase to 436 million searches, while craigslist, inc. jumped one position to #5 with 629 million searches.

Tuesday, March 16, 2010

'EXTENSION' FAIL

"Extension" fail / dokumen adalah akhiran pada nama fail komputer (@ sambungan nama fail/dokumen) yang diterapkan untuk menunjukkan penge"kod"an konvensyen (format fail) daripada isinya.


Dalam beberapa sistem operasi (misalnya Uniplexed Information and Computing System (Unix)), "extension" tidak wajib untuk fail dan dokumen, manakala sistem operasi (seperti Disk Operating System (DOS)) "extension" adalah suatu keperluan.

Sistem operasi (seperti DOS & OS/2) biasanya menghadkan panjang "extension" ( sambungan nama fail) tersebut kepada 3 aksara sahaja:

cth: (fail / dokumen).jpg

(fail / dokumen).img

(fail / dokumen).wma

(fail / dokumen).mov

(fail / dokumen).exe

Sistem operasi seperti Unix pula tidak menghadkan panjang aksara "extension"nya manakala sistem operasi RISC (Reduced Instruction Set Computing) tidak menggunakan sambungan nama fail.

Unix menerima pemisah titik sebagai karakter undang tetapi tidak memberikan pengiktirafan khas di peringkat sistem operasi.


Untuk mengenali jenis fail/ dokumen, berikut adalah beberapa contoh "extension" yang sering digunakan:

.jpg .png .bmp .gif = imej (fail gambar)

.exe = fail yang boleh di“run”

.mp3 .wma .wav = fail audio

.avi = fail video

UNSUR-UNSUR LAMAN WEB


Setiap laman web yang kita layari mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namun, perbezaan yang kita nampak sebenarnya mempunyai persamaan unsur dalam konteks tujuan pembangunan sesebuah laman web.

Beberapa unsur laman web yang dikenalpasti termasuk Audience Information, Purpose Statement, Objective Statement, Domain Information, Web Spesification dan Web Presentation.
Setiap unsur adalah saling berkaitan di antara satu sama lain dalam memenuhi kehendak dan kepuasan pengunjung web.

Audience information bertindak sebagai gedung maklumat yang diperlukan khalayak sasar yang menggunakan web selain khalayak sebenar yang memerlukan maklumat berkenaan.

Purpose statement pula merupakan artikel mengenai tujuan dan skop pewujudan sesebuah laman web itu sebelum disusuli dengan Objective Statement/List yang memperincikan matlamat spesifik yang ingin dicapai menerusi web itu.

Domain Information adalah koleksi pengetahuan dan maklumat berkaitan subjek yang diketengahkan dalam sesebuah web, merangkumi maklumat untuk khalayak dan maklumat yang diperlukan pembangun web.

Web Spesification pula memperincikan kekangan dan unsur yang akan masuk ke dalam web manakala Web Presentation merujuk kepada penyampaian maklumat menerusi web tersebut.

Friday, March 12, 2010

CARIAN BERKESAN MENGGUNAKAN ENJIN CARIAN

Mungkin ramai di antara anda yang sering membuat carian maklumat menggunakan enjin carian tetapi berapa ramai yang mengetahui kaedah carian yang berkesan? Beberapa kaedah yang dikemukakan di sini akan membantu anda.

PENCARIAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS

Bukan tidak mendaulatkan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu tetapi harus diakui kebanyakan bahan-bahan artikel yang dimasukkan ke dalam laman web ditulis dalam Bahasa Inggeris.

PENCARIAN SPESIFIK

Kita biasa menaip sepatah kata atau sepotong ayat dalam enjin carian dan hasilnya, ribuan artikel dipaparkan. Malangnya, bukan semua artikel tersebut memenuhi kehendak kita. Oleh itu, anda boleh menaipkan tanda pembuka dan penutup kata (") pada awal dan akhir kata kunci carian. Carian akan dilakukan enjin carian secara spesifik kepada kata atau ayat kunci yang ditaip sahaja.

PENCARIAN MENERUSI SCHOLAR.GOOGLE

Bukan semua enjin carian menyediakan pengklasifikasian carian terhadap bahan-bahan ilmiah. Anda boleh menggunakan scholar.google.com untuk pencarian bahan-bahan ilmiah yang diiktiraf.