BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 23, 2010

textSTAT

Hari ini, satu lagi perisian diperkenalkan kepada kami. Perisian textSTAT yang hampir serupa dengan Statistical Package for the Social Science(SPSS). Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma menerusi internet.

Friday, April 9, 2010

CLOUD COMPUTING (THIN CLIENT)

Cloud Computing merupakan satu konsep yang membolehkan kita menggunakan sesebuah perisian aplikasi tanpa perlu memuatkannya ke dalam peranti storan komputer.

Ini akan menjimatkan ruang yang terhad pada peranti storan komputer selain membolehkan sesebuah dokumen itu dikongsi bersama pengguna yang ditentukan oleh pemilik dokumen.

Salah satu contoh penggunaannya, kita boleh menggunakan Google Document. Caranya cukup mudah, anda hanya perlu mempunyai akses internet dan menjadi pelanggan berdaftar Google.

Anda boleh cuba menggunakan konsep itu dengan melawat laman sesawang Google Document.



Revolusi Cloud Computing bermula pada hujung tahun 2008, di mana komputer mula diubahsuai supaya lebih kecil dan ringan, bukan sahaja dari segi fizikal malah merangkumi aspek perisian aplikasi.

UJIAN PRAKTIKAL

Minggu lepas, Kuliah IT dibatalkan... Tapi minggu ni, dengarnya ada Ujian Praktikal merangkumi semua yang sudah dipelajari daripada Tn. Hj. Suhaimi. Ulangkaji sudah pun dibuat, hari ni tinggal jawab jer la... :) SELAMAT MENJAWAB TEMAN-TEMAN SEPERJUANGANKU...

Friday, April 2, 2010

ENJIN CARIAN GOOGLE LEBIH TEPAT?


February 2010 U.S. Expanded Search Rankings
 
In the February analysis of the top properties where search activity is observed, Google Sites led the search market with 13.5 billion search queries, followed by Yahoo! Sites with 2.5 billion queries and Microsoft Sites with 1.7 billion. Facebook.com experienced significant growth during the month with a 10-percent increase to 436 million searches, while craigslist, inc. jumped one position to #5 with 629 million searches.

Tuesday, March 16, 2010

'EXTENSION' FAIL

"Extension" fail / dokumen adalah akhiran pada nama fail komputer (@ sambungan nama fail/dokumen) yang diterapkan untuk menunjukkan penge"kod"an konvensyen (format fail) daripada isinya.


Dalam beberapa sistem operasi (misalnya Uniplexed Information and Computing System (Unix)), "extension" tidak wajib untuk fail dan dokumen, manakala sistem operasi (seperti Disk Operating System (DOS)) "extension" adalah suatu keperluan.

Sistem operasi (seperti DOS & OS/2) biasanya menghadkan panjang "extension" ( sambungan nama fail) tersebut kepada 3 aksara sahaja:

cth: (fail / dokumen).jpg

(fail / dokumen).img

(fail / dokumen).wma

(fail / dokumen).mov

(fail / dokumen).exe

Sistem operasi seperti Unix pula tidak menghadkan panjang aksara "extension"nya manakala sistem operasi RISC (Reduced Instruction Set Computing) tidak menggunakan sambungan nama fail.

Unix menerima pemisah titik sebagai karakter undang tetapi tidak memberikan pengiktirafan khas di peringkat sistem operasi.


Untuk mengenali jenis fail/ dokumen, berikut adalah beberapa contoh "extension" yang sering digunakan:

.jpg .png .bmp .gif = imej (fail gambar)

.exe = fail yang boleh di“run”

.mp3 .wma .wav = fail audio

.avi = fail video

UNSUR-UNSUR LAMAN WEB


Setiap laman web yang kita layari mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namun, perbezaan yang kita nampak sebenarnya mempunyai persamaan unsur dalam konteks tujuan pembangunan sesebuah laman web.

Beberapa unsur laman web yang dikenalpasti termasuk Audience Information, Purpose Statement, Objective Statement, Domain Information, Web Spesification dan Web Presentation.
Setiap unsur adalah saling berkaitan di antara satu sama lain dalam memenuhi kehendak dan kepuasan pengunjung web.

Audience information bertindak sebagai gedung maklumat yang diperlukan khalayak sasar yang menggunakan web selain khalayak sebenar yang memerlukan maklumat berkenaan.

Purpose statement pula merupakan artikel mengenai tujuan dan skop pewujudan sesebuah laman web itu sebelum disusuli dengan Objective Statement/List yang memperincikan matlamat spesifik yang ingin dicapai menerusi web itu.

Domain Information adalah koleksi pengetahuan dan maklumat berkaitan subjek yang diketengahkan dalam sesebuah web, merangkumi maklumat untuk khalayak dan maklumat yang diperlukan pembangun web.

Web Spesification pula memperincikan kekangan dan unsur yang akan masuk ke dalam web manakala Web Presentation merujuk kepada penyampaian maklumat menerusi web tersebut.

Friday, March 12, 2010

CARIAN BERKESAN MENGGUNAKAN ENJIN CARIAN

Mungkin ramai di antara anda yang sering membuat carian maklumat menggunakan enjin carian tetapi berapa ramai yang mengetahui kaedah carian yang berkesan? Beberapa kaedah yang dikemukakan di sini akan membantu anda.

PENCARIAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS

Bukan tidak mendaulatkan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu tetapi harus diakui kebanyakan bahan-bahan artikel yang dimasukkan ke dalam laman web ditulis dalam Bahasa Inggeris.

PENCARIAN SPESIFIK

Kita biasa menaip sepatah kata atau sepotong ayat dalam enjin carian dan hasilnya, ribuan artikel dipaparkan. Malangnya, bukan semua artikel tersebut memenuhi kehendak kita. Oleh itu, anda boleh menaipkan tanda pembuka dan penutup kata (") pada awal dan akhir kata kunci carian. Carian akan dilakukan enjin carian secara spesifik kepada kata atau ayat kunci yang ditaip sahaja.

PENCARIAN MENERUSI SCHOLAR.GOOGLE

Bukan semua enjin carian menyediakan pengklasifikasian carian terhadap bahan-bahan ilmiah. Anda boleh menggunakan scholar.google.com untuk pencarian bahan-bahan ilmiah yang diiktiraf.

KAJIAN SYER PASARAN 5-WEB ENJIN CARIAN YAHOO! DAN GOOGLE



Kedua-dua rajah di atas diambil dari kajian Jeremy Crane, terhadap Tren Syer Pasaran Carian Web untuk 5-enjin carian terbaik. Berdasarkan kajian yang ditumpukan pada Oktober 2006 itu, Google mencatat hampir 69% iaitu satu rekod baharu dari segi pencapaian volume and syer. Pertumbuhan itu bagaimanapun menyebabkan Yahoo! mengalami sedikit penurunan bermula Disember 2006. Begitu juga MSN/Live dengan volume yang sedikit menurun dengan volume yang kekal tidak berubah. Berbeza dengan Ask yang meningkat mendadak dengan pertumbuhan jumlah permintaan yang kukuh. AOL pula naik perlahan berikutan permintaan yang meningkat.

PERBEZAAN PERKHIDMATAN YAHOO! DAN GOOGLE

Yahoo! dan Google merupakan antara penyedia perkhidmatan enjin carian internet terbaik yang sering digunakan masyarakat siber untuk memperoleh maklumat dengan pantas dan percuma. Hanya dengan menaip kata pembayang kepada perkara yang ingin dicari dan klik pada butang CARI, Yahoo! & Google akan memaparkan bukan satu atau dua hasil carian, malah ratusan atau ribuan hasil carian yang mungkin menepati kehendak anda.

Pun begitu, Yahoo! dan Google bukan hanya menyediakan perkhidmatan enjin carian. Kedua-dua syarikat gergasi ini juga menyediakan pelbagai perkhidmatan percuma lain seperti emel, berita dan hiburan di samping beberapa perkhidmatan berbayar seperti pengiklanan. Walaupun menyediakan perkhidmatan yang hampir sama, Yahoo! dan Google mempunyai penggunanya sendiri. Ini membuktikan, terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Kedua-dua syarikat perkhidmatan ini sebenarnya saling bersaing di antara satu sama lain. Buktinya, sejak Google mewujudkan Gmail pada 1 April 2004, Yahoo! Mail telah melakukan beberapa penambahbaikan bagi mengekalkan daya saing, termasuk MSN Hotmail dan AOL Mail. Sehingga kini, Yahoo! Mail merupakan satu-satunya perkhidmatan emel yang menawarkan penyimpanan emel tanpa had kepada semua pengguna.

Bagi Google pula, perkhidmatan emel yang ditawarkan juga tidak kurang hebatnya. Antaramuka (interface) Gmail berbeza daripada sistem emel web lain di mana Gmail tertumpu kepada carian dan 'paparan perbualan' emel dengan mengumpulkan beberapa emel balas dalam satu halaman. Reka bentuk antara muka yang dicipta Pereka berpengalaman Gmail, Kevin Fox bagi memudahkan pengguna membuka emel-emel berkaitan tanpa perlu beralih ke halaman lain.


Friday, March 5, 2010

KAEDAH PENYULITAN (ENCRYPTION)

Apabila pengguna diberi kebenaran untuk menggunakan sistem atau rangkaian, adalah perlu untuk menghadkan kebenaran tersebut ke tahap set yang paling minima bersamaan dengan keperluan melaksanakan tugas yang efektif. Pada kebiasaannya had akses minimum bermakna tidak boleh akses. Seterusnya akses untuk membaca atau melihat sahaja, mewujud, kemaskini, mengubah atau memadam boleh diberikan tetapi hendaklah berpandukan peruntukan dasar dan dengan kelulusan tertentu. Pelaksanaan akses kawalan adalah berbeza bergantung kepada sistem ICT tetapi pada amnya melibatkan kebenaran membaca, menulis dan memadam. Antaranya :

1. Pengecaman pengguna (User ID)
2. Kawalan Kata Laluan (Password)
3. Kawalan perisian

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Panduan Keselamatan ICT di www.icu.gov.my

PANDUAN KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk menjaga keselamatan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Keselamatan ICT merangkumi perlindungan terhadap semua bentuk maklumat elektronik bagi menjamin kerahsiaan, integriti, kesahihan dan kebolehsediaan kepada semua pengguna yang dibenarkan.

Maklumat merupakan hasil terakhir sesuatu sistem pengkomputeran. Oleh itu, ia amat penting dan bernilai bagi sesebuah organisasi. Kehilangan atau kemusnahan data atau maklumat yang disimpan di dalam komputer sering berlaku disebabkan kejadian seperti kebakaran, pengkhianatan, kecuaian dan kecurian. Bagi mengatasi masalah itu, kawalan ke atas capaian data atau maklumat dan keselamatan fizikal perlu diperketatkan. Di samping itu, data atau maklumat yang penting perlu dibuat salinan yang secukupnya dan disimpan di bangunan berasingan. Data atau maklumat yang dicuri melalui talian komunikasi data dapat dicegah dengan teknik yang lebih rumit misalnya dengan menggunakan kaedah penyulitan (encryption).




Wednesday, February 10, 2010

Komponen-Komponen IT

 
Bagi memudahkan kajian mengenainya Teknologi Maklumat (IT), ia boleh dibahagikan kepada beberapa komponen iaitu teknologi, organisasi dan pengguna.
 

Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.


Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti Open Office atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari.

Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu:
  • Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD dan Open Office.
  • Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.
Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit dan sistem telefon. Ia merupakan gabungan beberapa teknologi seperti:
  • Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb
  • Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb
  • Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit

Monday, February 8, 2010

Teknologi Maklumat (IT) Secara Umum.

Teknologi Maklumat (IT), seperti yang ditakrifkan oleh Persatuan Teknologi Maklumat Amerika (ITAA), adalah "pembelajaran, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, sokongan atau pengurusan berasaskan komputer sistem maklumat, khususnya aplikasi perisian dan peranti komputer".

IT berkaitan dengan penggunaan komputer elektronik dan perisian komputer untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, menghantar, dan mendapatkan maklumat secara selamat.

Apabila komputer dan teknologi komunikasi digabungkan, hasilnya adalah maklumat teknologi atau "Infotech". Information technolohia adalah istilah Jerman yang menggambarkan setiap teknologi yang membantu menghasilkan, memanipulasi, menyimpan, berkomunikasi, dan atau menyebarkan maklumat.



Sunday, February 7, 2010

Information Technology in General


Information technology (IT), as defined by the Information Technology Association of America (ITAA), is "the study, design, development, implementation, support or management of computer-based information systems, particularly software applications and computer hardware". IT deals with the use of electronic computers and computer software to convert, store, protect, process, transmit, and securely retrieve information.

When computer and communications technologies are combined, the result is information technology, or "infotech". Information technolohia is a german term that describes any technology that helps to produce, manipulate, store, communicate, and/or disseminate information.

Saturday, February 6, 2010

1st Day of IT Lecture


Haji Suhaimi Salleh is our lecturer for this (Information Technology) subject. He told us to set up a group of maximum three members to create a blog on IT matters. We then form a group of two which include me, Dg Siti Alizawaty Binti Ag. Ali (YA2008-1127) and Jackson Banus Tuzan (YA2008-1188). We named our group as technomasters, since we're in this subject, hoping that our blog could be one of the best refference blog to the worldwide surfers.

Through this blog, surfers would be able to know almost everything about Information Technology (IT). We also provide refference information in Bahasa Melayu since we're Malaysians.

Last but not least, we hope the surfers not only refer to our source of information but also put some comments in our latest post. Thank you and enjoy your surfing in our blog!